Wednesday, May 30, 2012

Agar-Agar Sri Ayu




Bahan-bahan
25 gm agar-agar
120gm gula
2 biji telur
2 sudu teh pewarna hijau
150 ml air
130ml santan pekat
2 helai daun pandan | disimpul
Garam secukup rasa

Cara
1. Didihkan agar-agar bersama air dan masukkan daun pandan berserta gula.
2. Kemudian asingkan adunan kepada dua bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau dan satu adunan dan ketepikan.
4. Satu adunan lagi dimasukkan santan, telur, garam secukup rasa.
5. Kemudian campurkan kedua-dua adunan.
6.Tuang di dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras sedikit.
7. Potong agar-agar mengkiut citarasa.

( Resipi dari http://rasa.karangkraf.com/ )  | Edisi 121|Ogos|

Bubur Jagung Sagu

Bubur jagung sagu


26 Mei 2012 bersamaan hari sabtu Cikna bersama-sama kembar dan rakan pergi ke Kuala Pilah untuk menghadiri majlis kahwin rakan kami. On the way balik singgah area Kg Talang untuk beli jagung, bauh ciku dan lain-lain. 

Bila dah ada jagung, terasa plak nak wat bubur jagung.Teringat masa bulan puasa kolej Aminuddin Baki, mesti beli bubur jagung untuk berbuka. 

Sementelah jagung pun memang dah siap direbus, cikna pun meneruskan misi membuat bubur jagung.

~Bahan-bahan~

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

~Cara-cara~

1.Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. 
2.Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya. 3.Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan.

Kek Lapis Oreo




Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur gred A 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 s/t esen vanilla
  • pewarna oren dan hijau
  • Biskut oreo secukupnya (dibuang krimnya)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan periuk pengukus.
  2. Sediakan loyang berukuran 6 inci, lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas, ketepikan.
  4. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang dan putih, masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  5. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati dan juga esen vanilla.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan hijau dan oren.
  8. Tuangkan adunan oren kedalam loyang terlebih dahulu dan susunkan biskut oreo diatasnya, kemudian tutup loyang dengan kertas foil, kukus selama 7-10 minit.
  9. Ulang proses yang sama sehingga habis adunan.
  10. Untuk lapisan yang terakhir biarkan kukus lama sikit kira2 1 jam-1 1/2 jam untuk kek masak rata.