Wednesday, October 19, 2011

Ayam Tepung


Bahan-bahan
:: Ayam
:: 1biji telur
:: 1 st serbuk cili
:: 1 st serbuk kunyit
:: Serbuk perasa
:: Garam
:: Tepung ubi
:: Sedikit air
:: Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
:: Dalam satu bekas, satukan telur, serbuk cili, serbuk kunyit,garam dan sedikit air.
:: Kemudian masukkan ayam.
:: Gaul sebati.
:: Panaskan minyak.
:: Sebelum menggoreng, salut ayam dengan tepung yang diletakkan sedikit serbuk perasa.
:: Angkat apabila ayam sudah kekuningan dan garing.

Tuesday, August 9, 2011

Mee Rojak Cikna


Seperti yang dijanjikan.....
.
.
.
.
.
.





Tara...ni lah hasil Mee Rojak Cikna.
Nyum2. Abah puji katanya leh buka restoren.kih3. Gelak lam hati je la..
Nak buka restoren?. Insyaallah...mana tahu berkat cakap abah tu menjadi kenyataan kan?.
Tapi ape2 pun masih banyak lagi yg nk dipelajari. Ilmu masih cetek lg nih.

:: Salam Sayang ::

~ Anak yang baik ~

Nape tetibe tajuk post "anak yang baik" nih?..hehhe....saya kah anak yg baik?...mestilah....:) Masuk bakul angkat sendiri tul kan. Puji diri sendiri. Yelah...kalu sendiri tak puji, siapa lagi kan. Perasankan betoi...

Bukan ape, semalam waktu berbuka cikna wat mee kari. Pastu tetiba mase tgh2 makan tue abah request. " Esok buat mee rojak plak bleh  x?". Rojak macam kat kedai Leman tu. Aku pun pon angguk je lah. Anak yang baiklah katakan....hehehe. Tapi dalam masa yang sama duk teringat rase2nya ade copy resipi dalam lappy. Takpe..nanti lah check. 

Arini bangun pagi terus check dlm lappy...Fuhh...nasib baik ada. Bahan2 yang diperlukan semuanya ade kecuali keledek jew xde. Then Abah g pasar beli keledek...hehehe.

Mase entry ni ditaip aku baru je selesai merebus keledek. jap lagi nak blend. hehe..Hasilnya tentulah tak siap lagi kan. Time buke nnti bru dpt snap gambo nyer...

Selamat berbuka semua~~

Cikna bersama abah n adik2 

:: Kenangan Zaman Kolej ::

Duk belek2 album dlm lappy terjumpa plak gmbr2 time dok kolej dlu. Gmbr dgn bdk2 rumah menjalankan aktiviti masak2. huhu...Kalu nak diikutkan kami semua xdibenarkan memasak. Tapi knp xboleh yer??.Nak tahu?.........Haaaa....sebabnya ktorg nih dok kat kolej. So xdibenarkan memasak kecuali nasi ngn air. :)
Tapi kami semua nie 
'keras kepala" mcm dinding batu. Bak kata org Kedah "keteghak" xpon org Nismilan kata  " bega"...huhuhu. Macam2 jugak projek yang ktorg buat.muahahhaha.....( gelak jahat ). 

Antaranya jeng3.....

Penkek Buah-buahan 
Perghh..tengok pon mcm sedap je an.hehe...Disebabkan kat kolej xde periuk belanga, so guna rice cooker ajer lah...asal boleh je...:) Penkek ni letak lak ngan sos coklat pulak sedap xhengat..hehe..Btw kalu nak letak madu pon okey ajer...Ikut sukalah tekak masing2 kan. Hik3. 

Dah selesai, ktorg makan scr berjemaah..Haha..Yela..dah masak, mesti nak makan kan. Hehe...

Projek lain yang menyusul....

Bubur Chacha Pisang

Ape2pon skrg da tamat stady. Sangat2 merindui zaman belajar dan kawan2. Pengalaman yang xboleh dibeli.
  

: SALAM SAYANG ::






Thursday, July 7, 2011

Kek kukus lapis



~Bahan-bahan~
*1cwn kaya
*1cwn butter
*1cwn susu pekat manis
*1cwn suku tepung gandum
*1cwn gula halus
*1sd kcl soda bikarbonat
*1sd kcl baking powder
*1sd kcl ovalette
*1sd kcl esen vanila
*2sd bsr horlikcs
*1sd bsr nescafe(dibancuh)
*Pewarna merah,kuning dan hijau
*5 biji telur

                  ~Cara-cara~
*Pukul telur dan gula sehingga gebu
*Kemudian ayakkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder
*Di dalam bekas yang lain,satukan kaya, butter, susu pekat manis sehingga sebati.
*Kemudian msukkan ke dalam adunan telur tadi.
*Masukkan tepung yang diayak tadi,kemudian ovalette dan horlicks sehingga sebati dan gebu.
*Kemudian bahagikan kepada 4 bahgian dan warnakan.
*Kemudian dikukus selapis demi selapis,hingga habis.
(2minit untuk 1 lapisan)


Kek Coklat Moist



BAHAN : A
-1   cawan gula
-1/2 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat
-1/2 cawan minyak masak
* Masak atas api perlahan hingga pekat, kemudian tutup api dan sejukkan.

BAHAN : B
-3/4 cawan tepung gandum
-1   sudu teh baking powder
-1   sudu teh soda bikarbonat
*Diayak

BAHAN C
-3   biji telur
*Dipukul hingga sebati 



Cara-cara: 
- Satukan bahan B dan C dalam bahan A secara berselang seli
- Setelah sebati masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau lapik kertas.
- Kukus selama 45minit.
- Bagi papercup  kukus selama 15 minit sahaja.

Wednesday, June 1, 2011

selamat pagi semua~mmuaahhss....
moh cari sarapan~ah-ha..mau cari nasi lemak daun pisang....huhu...
semoga hari ni lebih ceria n gembira dari hari2 yang semalam.
.
.
.
. pagi2 ni plak..tetibe berada dalam mode rindu~..aishhhhhhh...


Monday, May 16, 2011

Selamat Pagi Cikgu

Salam...”Selamat Pagi Cikgu”. Begitulah tajuk entri pertama ku.ahaks~~ By the way selamat hari guru buat semua2 guru di Malaysia.Tak kiralah kat ceruk mana pun anda berada.

Being a teacher?..wah~..berat tanggungjawab ni..especially 4 special kids. harap hatiku teguh dlm menggalas hrpn anak2 istimewa.

W/pun anak2 ini istimewa, mereka juga berhak mendapat pendidikan yg sempurna.