Sunday, June 24, 2012

Muffin Pisang Coklat Simple

semalam sempat balik rumah emak. masa tengah tolong emak kemas-kemas dapur tengok ada pisang yang dah masak sangat. jadi daripada membuang macam tu je cikna pon kupas kulit pisang dan masukkan dalam pengisar. then.zretttttttttttttttttttttttttt~jalan.abis semua aku blend.tengah-tengah blend tu terasa pula nak buat muffin. resipi asal cedok kat blog mana tah pun tak ingat. tapi apapun alhmadulilah menjadi muffinya.



Friday, June 1, 2012

Kari Ayam Special

Dua tiga hari ni mood memasak kembali. Adrenalin memasak yang membuak-buak membuat cikna rajin nak memasak. Al maklumlah sekarang cuti sekolah dua minggu. jadi bagi mengasah bakat yang tak berapa terror. Lagipun tak lama lagi nak kahwin, kenalah pandai memasak. HahAHaha . 


First thing grab kunci sang kanchil menuju ke pasaraya Giant Tampin. Dalam kepala dah set nak beli ape. (padahal sikit jer)

Antara barang-barang yang di beli tadi 

    Chick ribs-loose|RM 6.98
  Giant Chili Boh |RM1.19  
   D kayu Manis|RM 2.11
Cendawan |RM 5.29
  MGold HL Milk 1L|RM  6.29
      FC Cincau Manis  |RM 2.11

  Subtotal |RM 21.95

Balik dari Giant tukar uniform, then bermula lah misi membuat kari ayam special request dari abah and my sis Alla. Okey jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat kari ayam versi Cikna ni.

Bahan-bahan
4 keping dada ayam | dipotong kecil
3 biji kentang |dikupas dan dipotong kecil
1 labu bawang besar | ditumbuk
2 ulas bawang putih |ditumbuk
1 inci halia| ditumbuk
1 peket serbuk kari 
2 sk serbuk kunyit
Sedikit air asam jawa
Lada hitam | ditumbuk
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang 
Minyak untuk menumis 
Garam 


Cara-cara
Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit
Kemudian masukkan cili boh 
Masukkan ayam kacau biar sebati kemudian masukkan air asam jawa 
Masukkan kulit kayu manis n the gangs
Kemudian masukkan kentang , santan dan sedikit lada hitam
Perasakan garam
Biarkan mendidih dan tunggu sehingga masak.


TARAAAAAAAAAAAA...

  Pic snap terus dari periuk. Tak sempat hidang. :)
yummmy.........delicious~!!!




Wednesday, May 30, 2012

Agar-Agar Sri Ayu




Bahan-bahan
25 gm agar-agar
120gm gula
2 biji telur
2 sudu teh pewarna hijau
150 ml air
130ml santan pekat
2 helai daun pandan | disimpul
Garam secukup rasa

Cara
1. Didihkan agar-agar bersama air dan masukkan daun pandan berserta gula.
2. Kemudian asingkan adunan kepada dua bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau dan satu adunan dan ketepikan.
4. Satu adunan lagi dimasukkan santan, telur, garam secukup rasa.
5. Kemudian campurkan kedua-dua adunan.
6.Tuang di dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras sedikit.
7. Potong agar-agar mengkiut citarasa.

( Resipi dari http://rasa.karangkraf.com/ )  | Edisi 121|Ogos|

Bubur Jagung Sagu

Bubur jagung sagu


26 Mei 2012 bersamaan hari sabtu Cikna bersama-sama kembar dan rakan pergi ke Kuala Pilah untuk menghadiri majlis kahwin rakan kami. On the way balik singgah area Kg Talang untuk beli jagung, bauh ciku dan lain-lain. 

Bila dah ada jagung, terasa plak nak wat bubur jagung.Teringat masa bulan puasa kolej Aminuddin Baki, mesti beli bubur jagung untuk berbuka. 

Sementelah jagung pun memang dah siap direbus, cikna pun meneruskan misi membuat bubur jagung.

~Bahan-bahan~

300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

~Cara-cara~

1.Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. 
2.Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya. 3.Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan.

Kek Lapis Oreo




Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur gred A 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 s/t esen vanilla
  • pewarna oren dan hijau
  • Biskut oreo secukupnya (dibuang krimnya)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan periuk pengukus.
  2. Sediakan loyang berukuran 6 inci, lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas, ketepikan.
  4. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang dan putih, masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  5. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati dan juga esen vanilla.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan hijau dan oren.
  8. Tuangkan adunan oren kedalam loyang terlebih dahulu dan susunkan biskut oreo diatasnya, kemudian tutup loyang dengan kertas foil, kukus selama 7-10 minit.
  9. Ulang proses yang sama sehingga habis adunan.
  10. Untuk lapisan yang terakhir biarkan kukus lama sikit kira2 1 jam-1 1/2 jam untuk kek masak rata.

Wednesday, October 19, 2011

Ayam Tepung


Bahan-bahan
:: Ayam
:: 1biji telur
:: 1 st serbuk cili
:: 1 st serbuk kunyit
:: Serbuk perasa
:: Garam
:: Tepung ubi
:: Sedikit air
:: Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
:: Dalam satu bekas, satukan telur, serbuk cili, serbuk kunyit,garam dan sedikit air.
:: Kemudian masukkan ayam.
:: Gaul sebati.
:: Panaskan minyak.
:: Sebelum menggoreng, salut ayam dengan tepung yang diletakkan sedikit serbuk perasa.
:: Angkat apabila ayam sudah kekuningan dan garing.

Tuesday, August 9, 2011

Mee Rojak Cikna


Seperti yang dijanjikan.....
.
.
.
.
.
.





Tara...ni lah hasil Mee Rojak Cikna.
Nyum2. Abah puji katanya leh buka restoren.kih3. Gelak lam hati je la..
Nak buka restoren?. Insyaallah...mana tahu berkat cakap abah tu menjadi kenyataan kan?.
Tapi ape2 pun masih banyak lagi yg nk dipelajari. Ilmu masih cetek lg nih.

:: Salam Sayang ::